Tuesday, January 25, 2011

bab 5

bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat.. laila seakan tidak boleh menerima hakikat bahawa bekas kekasihnya berada dihadapan matanya. insan yang amat dirindui berada dihadapan mata.. setelah menghilang selama 5 tahun, tanpa kabar berita dan tiada sebarang petunjuk hubungan mereka berakhir tiba tiba lelaki itu muncul dihadapan matanya.

"assalamualaikom laila apa khabar?" adam menghulurkan senyuman manis pada laila seorang insan yang amat dikaguminya.
"wasalam.."laila tidak merenung wajah adam sebaliknya hanya menundukkan kepala.
"maaf atas sebab lama..." belum sempat adam menghabiskan ayat laila telah mencelah leboh dahulu
"adam.. benda dah lama jangan diungkit lagi.... laila tak ambil hati sedikit pun.." diwajah laila kelihatan tenang namun tidak dihatinya yang berombak kencang...



selepas perjumpaannya dengan adam laila menjadi seorang pendiam. tidak banyak bercakap dan bukunya juga tidak disentuh.. hanya bermenung dijendela sepi.

"laila... maafkan adam... ini semua bukan ketentuan adam..." kad jemputan dibaca dengan linangan airmata. tak sangka insan yang disayangi, insan yang mengajar erti cinta kini akan menjadi milik orang.
"adam... ini semua jdoh.. janganlah menjadi anak derhaka... kawen lah dengan dia adam.. mungkin ada hikmah sebaliknya..." laila menundukkan kepala dengan linangan air mata menitis dipipi.
"adam minta maaf kat laila.... adam harap lepas ni kita masih boleh jadi kawan."
direnungnya wajah adam dengan senyuman yang sengaja dibuat supaya adam tidak melihat akan kesedihan yang teramat sangat.

"adam bukan jodoh kita untuk bersatu.. namun tuhan dah takdirkan kita untuk menjadi kawan. mustahil benda ini menjadikan kita musuh. satu yang laila harap... adam jangan tinggal sembahyang.. tanggungjawab adam lepas ni akan bertambah. bimbing dia kejalan yang benar adam.. pasal laila usah adam pikirkan... laila akan sentiasa mendoakan kesejahteraan adam dan kebahagiaan rumahtangga adam...." laila berlalu pergi kerana tidak sanggup lagi menyembunyikan kesedihan yang teramat sangat. biarlah adam hanya tahu dia menangis tidak selebihnya...


laila tersentak dari lamunan tatkala bahunya disentuh oleh neneknya yang tersayang. dipeluknya tubuh neneknya yang sudah semakin kurus.... laila menangis sepuas hati dibahu neneknya.

"kenapa ni cu?" neneknya kehairanan dengan sikap laila yang kesedihan.
"nek tadi laila terjumpa adam nek....." neneknya memang mengetahui kisahnya dan adam juga mengenali adam seorang lelaki yang mampu membuka pintu hati laila.

"cu... jadikan kisah lalu sebagai jambatan untuk maju kehadapan bukan sebagai tembok penghalang...."
"nek... laila sangka laila kuat nek... tapi...."
"sshhhhhh. cucu nenek kuat.. tuhan takkan uji umatnya diluar jangkaan umatnya kerana dia tahu tahap kemampuan umatnya. dia uji untuk umatnya bersyukur setiap pemberiannya." laila memeluk erat tubuh neneknya. malam itu laila ditemani neneknya. neneknya memujuk laila supaya bertenang. laila tidur dalam pelukan nenek... hanya nenek tempat diluah segalanya.




12.12.2008 adalah hai pernikahan adam bersama isteri pilihan ibundanya. laila yang hadir malam itu hanya mendiamkan diri tatkala pengantin berada diatas pelamin. tema berwarna kuning pilihan belah lelaki. air mata disimpan dengan dada yang berombak kencang. tatkala sahabat2 lain mengambil gambar bersama penggantin laila hanya rela menjadi pengambil gambarnya tidak pula berniat untuk bergambar bersama. cukup sudah hatinya kecewa dengan penikahan adam.. tidak mungkin pula dia mahu merobekkan lagi hatinya. sebelum balik rumah laila sempat memberikan hadiah kepada adam dan isteri. laila menghulurkan hadiah yang dipilihnya petang tadi kepada isteri adam yang agak peramah
"selamat penggantin baru.. jagalah adam dengan baik..." senyuman laila dibalas dengan senyuman penuh kebahagiaan oleh isteri adam.
"terima kasih sudi datang... dan doakan hubungan kami ye..." laila hanya mengangguk lalu berlalu pergi...
adam yang berada dipintu pagar hanya tersenyum pada laila, laila membalas dengan senyuman walau dihati penuh kehibaan.
'terima kasih sudi datang majlis adam"
sama2... adam kan kawan laila.. takkanlah tak nak datang... selamat penggantin baru ye.. semoga berkekalan..."


bunyi kokokan ayam dipagi hari membuatkan laila terjaga dari mimpi... diusapnya mukanya dengan lembut sambil beristigfar panjang...
"ya allah.. mengapa kenangan itu datang kembali? ya allah izinkan hambamu ini untuk melupakan kenangan itu.... hambamu ini tidak sanggup kecewa lagi.. cukup lah derita itu...."

No comments:

Post a Comment