Saturday, January 22, 2011

bab 3

haris keseorangan dihutan bandar yang menjadi tempat dia melepaskan rindu pada arwah isterinya. disini segalanya bermula, pertemuan, percintaan, pelamaran dan yang terakir dikunjungi isterinya sebelom meninggal dunia. hutan bandar seolah olah pencorakan hidup haris. terasa baru semalam isterinya meninggalkannya. usia perkahwinan yang tidak sampai setengah abad telah diragut oleh kesakitan yang ditanggung oleh isterinya. pemergian arwah selama setahun masih tidak dapat dilupakan dan meninggalkan kesan yang amat dalam.

"sayang.. bahagialah disana, abang disini sentiasa mengenangkan saat kita bersama. tuhan lebih menyayangimu dari abang meyayangimu. sayang... abang redha dengan pemergian sayang, perginya dirimu membawa cinta ku yang suci... " bertitisan air mata haris tatkala mengenangi saat indah bersama arwah.

"assalamualaikom...." haris menoleh kearah suara yang seakan dikenalinya.
"wasalam... laila... apa khabar?"
"alhamdulillah sihat... haris macam mana?"
"macam inilah sihat dan masih terkenang..." direnungnya wajah laila yang ayu dan dikaca mata laila terpancar seorang wanita yang menenangkan.
"sekiranya terkenangkan arwah.. hadiahkan lah surah alfatiha... tangisan air mata kita tak mampu menenangkan roh arwah.... dengan surah alfatiha mampu membuat mereka tenang disana.." kata kata laila ada betulnya.. setiap kata kata laila telah mengambarkan laila seorang gadis yang matang.
"terima kasih kerana mengingat kan saya..." haris menghampiri laila yang merenung tasik dihadapan mereka.
"haris.. hidup kita bukan seperti ikan didalam tasek ini... hanya berenang disekitar tasik menanti makanan yang dihulurkan oleh pengunjung... nasib hidup kita mengikut cara pencorakkan kita.. sekiranya coraknya indah.. maka indahlah hidup kita.... sekiranya corak kita kurang indah.. maka.... hidup kita akan menjadi celaru.. namun kita merancang segalanya tuhan yang akan menentukan..... haris kena tahu arwah pergi kerana insan yang disayangi tuhan.. kita yang hidup harus menggunakan nikmat itu dengan penuh kesedaran..." dipandangnya wajah haris yang nampak lesu.
"laila... arwah segalanya buat saya.. saya sedar tuhan mengambilnya kerana tuhan menyayanginya.."

"kerana arwah segalanya lah haris kena merelakan pemergiannya dengan tenang... bukan dengan meratapi pemergiaannya sahaja. setiap yang hilang pasti ada pengantinya.... "



petang yang agak suram itu menyedarkan haris bukan dia sahaja yang merasa kehilangan. selepas pertemuan itu mereka bertukar nomber telefon untuk menjadi sahabat. laila pulang kerumah dengan hati yang tenang.. hanya dengan melihat keindahan alam semula jadi dihutan bandar mampu membuat laila tersenyum. dihutan bandarlah tempat dia dan arwah adiknya bermain dan bersuka ria. hutan bandar adalah taman kenangan untuk mereka.

No comments:

Post a Comment