Monday, February 28, 2011

bab 11

masanya hampir tiba.... hanya tinggal 10jam sahaja lagi laila akan menjadi isteri haris... sanak saudara yang hadir untuk membantu persiapan semuanya berwajah manis seakan merasai kegembiraan haris...

keadaan laila dirumah juga sama, sanak saudara yang sedang membantu menyediakan segala persiapan seakan merasai kegembiraan laila, walau laila masih terkenang arwah nenek namun laila juga tahu arwah pasti senang melihat detik2 ini.... syikin yang membantu laila menyiapkan barang hiasan hantaran terasa bahagia dengan senyuman laila.... alhamdulillah akhirnya laila akan menjadi milik haris. adam pula yang sedang mendirikan balai untuk tetamu agak kepenatan dengan tugasan yang tidak selesai. akhirnya laila akan menjadi isteri kepada haris....

laila menuju kekamar arwah nenek lalu terpandang akan baju melayu berwarna krim bercekak musang hasil jahitan arwah membuatkan laila teringat pesanan arwah bahawa waktu nikah nanti nenek mahukan calon ssuami laila memakainya diwaktu nikah. tanpa membuang masa laila mencapai baju tersebut dan kunci kereta lalu meluru kearah keretanya lalu dipandunya kereta dengan harapan dia dapat mengabulkan hasrat arwah....


setelah tiba dihadapan rumah haris laila menelefon haris lalu menyuruh haris keluar untuk mengambil baju tersebut. setelah melihat kelibat haris dipintu pagar rumah laila membuka pintu kereta lalu membawa baju melayu tersebut untuk mendapatkan haris. namun laila tidak menyedari ada sebuah kereta viva yang dipandu laju menuju kearahnya. dengan pantas kejadian berlaku, laila dilanggar oleh kereta viva tersebut duhadapan haris.... haris yang melihat kejadian itu bergegas mendapatkan laila yang berlumuran darah.... baju yang dibawa laila terpelanting jauh dari mereka. dipanggilnya nama laila berulang kali namun laila hanya dapat menjawab dengan suara yang perlahan. diribanya laila dipangkuan haris. haris yang menangis kerana tidak sanggup melihat penderitaan laila, haris mengajar laila mengucap...
selesai mengucap akhirnya laila menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan haris. betapa gelap hidup haris kerana menikmati kehilangan lagi.... hadirin yang ada merasa sedih dengan kejadian tersebut.......

bab 10

sudah seminggu arwah nenek pergi.. namun laila tetap dalam keadaan yang sedih dan tidak bermaya. laila tidak menjamah makanan yang telah disediakan oleh syikin. laila hanya mendiamkan diri dikamar arwah nenek bersama gambar arwah disisi laila. sememangnya laila tidak mampu untuk berterusan tanpa arwah... mungkin laila mengambil masa untuk menerima semuanya. haris , adam dan syikin sudah kehabisan idea untuk memujuk laila. memandangkan keadaan laila yang begitu haris membuat keputusan untuk menagguhkan perkahwinan mereka. kerana haris menghormati laila dan mahu laila betol betol bersedia dengan kehidupan baru. haris juga mahu laila menenangkan dirinya.



dipetang yang damai mereka bertiga membawa laila bersiar dihutan bandar, supaya laila dapat menghirup udara segar diwaktu petang, tujuan mereka juga untuk membuat laila gembira. laila pula masih tidak dapat tersenyum walau dia tahu mereka ber3 amat ikhlas.... namun pemergian arwah amat memberi kesan yang dalam.

"haris..." sayup suara laila.
"ye laila..."
"boleh tak esok bawa laila ke pusara arwah adik laila?"
"boleh laila... esok kita pergi ye..."

haris merasa lega bila laila mula berbicara... mungkin pusara arwah adiknya mampu membuat laila bersemangat semula...


seperti yang dijanjikan mereka ber4 pergi ke pusara arwah adik laila dan pusara arwa isteri haris...
laila yang berpakaian serba putih membawa 3kuntum bunga ros putih melangkah sepi ke pusara arwah adiknya. setibanya dipusara air mata laila bertitisan tanpa henti.... diusapnya batu nisan arwah dengan penuh kesedihan...
"adik..... akak keseorangan.. nenek dah pergi... pasti adik jumpa nenek kan? dik.... katakan pada nenek, akak rindu dia.... dik... akak tak kuat untuk terus begini dik..... pemergian nenek membawa semua kebahagiaan akak.. adik dh tak ada.. nenek juga tak ada.... akak kesepian dan keseorangan...." adam dan syikin yang mendengar rintihan laila turut menitiskan air mata. tak sangka laila tidak sekuat yang mereka sangkakan. namun mereka mampu membantu laila.....



setelah selesai membacakan yassin mereka pulang kerumah laila. cuaca yang hujan gerimis dipetang itu membuatkan laila mengantuk lalu terlena disisi syikin... dalam perjalanan adam terlihat pelangi petang yang cantik... laila yang amat menanti kehadiran pelangi menyuruh syikin mengejut laila untuk melihat pelangi.. mungkin akan ada senyuman laila. adam menyuruh pula haris menuju hutan bandar untuk mereka menikmati hari yang indah itu bersama.

dihutan bandar laila hanya memerhatikan pelangi dengan senyuman yang manis. hati mereka ber3 merasa lega melihat senyuman laila yang seakan hilang.... laila merasa pelangi itu memberi sinar bahagia pada laila....


"haris...." laila memberikan senyuman yang haris rindukan....

"ye lailai..."
"tak usah tangguhkan perkahwinan kita.... saya tak nak kehilangan haris seperti...." belom empat laila menghabiskan bicara haris pula tidak membenarkan laila menghabiskan ayatnya...
"baiklah saya tak tangguhkan perkahwinan kita.. tapi laila kena berjanji akan sentiasa senyum seperti ini dan menganggap kami ber3 ini adalah keluarga laila. laila tidak keseorangan.. laila masih ada kami.......

bab 9

selesai solat asar, laila menuju dapur untuk menyediakan minuman perang untuk nenek tersayang. neneknya yang dari tengah hari berada dikamar tidak keluar mungkin tertidur... sejak akhir-akhir ini neneknya kerap tidur, tidurnya pasti lama. mungkin inilah masa nenek untuk berehat. biarlah kali ini laila yang menjaga nenek.

setelah selesai menyediakan makanan dimeja makan, laila menuju kekamar neneknya yang tidak berkunci, didekatnya tubuh neneknya yang sedang lena tidur, diusapnya rambut neneknya yang sudah memutih menunjukkan usia nenek nya yang sudah lanjut...

"nek... bangunlah, laila dah sediakan minuman untuk nenek... nek... bangun ye..." dikejutny berkali kali namun tidak juga neneknya sedar... laila menjadi rasa bimbang... lalu dicarinya nadi nenek... ternyata nadinya tidak berdenyut lagi.... tidak berpuas hati dengan nadi, diletaknya jari telunjuk dihidung neneknya untuk merasa pernafasan nenek, namun gagal dirasa... sekali lagi dicubanya menyentuh dada nenek namun degupan jantung tidak berdegup.... serta merta air matanya berlinangan.... dipeluknya tubuh nenek yang telah kaku tidak bermaya........


saudara mara dan sahabat handai juga jiran terdekat sudah mula memenuhi perkarangan rumah laila, semua yang hadir bersimpati dengan nasib laila. laila meyepikan diri didalam kamar keseorangan namun pintu bilik tidak dikuncinya supaya para hadirin boleh mencarinya. laila terasa hidupnya kosong.. nenek pergi tanpa dijangka, sebelom ini segalanya dikongsi bersama nenek, namun kini dia tiada tempat untuk mengadu.....

"kat sini rupanya laila.. puas akak syikin cari laila..." syikin merapati tubuh laila yang seakan tidak bermaya..
"akak cari laila?" ditenungnya wajah syikin yang jelas keihklasannya diwajah lembutnya.
"laila bersabarlah... tuhan uji laila kerana laila insan yang kuat..."
"tapi laila dah tak ada sesiapa kak didunia nie..." air mata laila berlinangan dipipi... dipeluknya erat tubuh syikin dengan harapan terlepas segala kesediha.
"sapa cakap laila tak ada sape? akak kan ada? abang adam ada, dan paling penting haris pun ada kan? kami semua ada untuk laila..."
adam dan haris yang mendengar perbualan mereka turut merasa sayu mengenagkan nasib laila.

dimalam itu mereka bertiga tidur dirumah laila dengan harapan laila tidak merasa sunyi. namun dimalam itu laila tidak dapat melelapkan mata.. sebaliknya dia membaca yassin di sisi mayat arwah neneknya...





jam menunjukkan 10.00 pagi, tibalah masanya untuk pengebumian... hati laila menjadi sayu... ditanah kubur laila yang memakai pakaian serba putih kelihatan lesu dan wajahnya pucat.... hadirin yang melihat laila terasa akan kesepian laila dan kesedihan laila.... setelah selesai pengebumian laila dihantar pulang kerumah, laila mendiamkan diri dikamar... dengan melihat gambar arwah nenek hati laila sedikit tenang. akhirnya laila terlena dengan hati yang sedih.

bab 8

setelah laila menerima pinangan haris, mereka kerap keluar bersama namun tidak diwaktu malam. kerana bagi haris tak manis dipandang orang jika dibawanya laila keluar dimalam hari. sebolehnya dia ingin menyakinkan laila bahawa dia mat menghormati laila. buat masa ni hubungan mereka berjalan dengan lancar.... laila orangnya senang dijaga, kerana kematangan laila membuatkan haris tidak merasa janggal dengan ketegasan laila. kerana bagi haris ketegasan laila memberi kebaikan untuk mereka supaya mereka tidak terlepas pandang dengan hukum dan haram dalam hubungan mereka.

"assalamualaikom" salam laila membuatkan haris tersedar dari lamunannya, tak sedar bila laila berada dihadapan mata. senyuman laila membuatkan hatinya bertambah sayang pada laila.

"waalaikomussalam..." diberinya senyuman manis pada laila yang sedang melabuhkan punggungnya dikerusi hadapannya.
"jauhnya awak bermenung... sampai saya memberi salam 2 kali awak tak sedar."
"maaf k... saya bermenungkan awak lah tadi..." tanpa berselindung haris berterus terang... mereka lunch bersama dihari itu. haris juga sudah berjanji ingin menemani laila ke butik pakaian pengantin untuk hari bersejarah mereka. haris tidak pernah membiarkan laila berjalan keseorangan, sekkiranya dia tidak dapat menemani laila, pasti dia meminta isteri adam iaitu syikin, ini semua untuk keselamatan laila. haris tidak mahu kehilangan laila sepertimana dia kehilangan arwah isterinya.

Sunday, February 6, 2011

bab 7

suasana dihospital pakar johor sunyi dipetang itu, laila yang memimpin neneknya berjalan agak perlahan dengan keadaan nenek yang agak uzur membuatkan perjalanan mereka terbatas.

"laila..." haris seakan terperanjat melihat laila bersama neneknya.
" haris? buat apa kat sini?" haris seakan mahu menyembunyikan sesuatu dari laila.
"saya tengok kawan sakit..." laila hanya menggangukkan kepala.
"laila pula buat apa?"
"hantar nenek ambik ubat hari ni..."
"petang kuar makan nak?"
"insyallah.."

seperti yang dijanjikan.. malam itu haris menjemput laila dirumah untuk makan malam.. lama rasanya haris tidak rasa gemuruh seperti ini.. seakan mahu jumpa kekasih. dimalam itu haris membawa laila makan western dihutan bandar sememangnya tiada tempat lain yang boleh dibawa. sedang mereka makan, mereka didatangi oleh syikin dan adam. laila sekali lagi terkedu dengan perkenalan mereka. bahawa haris dan adam bersaudara. kecil sahaja dunia ini... akhirnya makan malam yang dipikirkan hanya berdua menjadi berempat. laila sudah mula membiasakan diri dengan mereka.


setelah selesai makan haris menghantar laila pulang dengan hati yang bahagia.. dirasakan kini laila lah insan yang boleh menganti tempat arwah isterinya... kekosongan harus diisi oleh laila.. dengan perwatakannya yang lembut laila lah insan yang terbaik....



selang beberapa hari haris telah merancang untuk meminang laila, wakil nya ialah adam dan syikin.. hanya mereka berdua mampu membantu haris. petang itu laila tidak dapat memberi jawapan dengan pinangan haris, namun meminta temph untuk berfikir.. laila mengatakan kepada syikin dan adam untuk memberi dia tempoh selama 3 hari untuk berfikir.. haris memahami maksud laila, dan haris mengizinkan temph 3 hati. hanya 3 hari masih mampu dinantinya. yelah untuk laila ini adalah yang pertama kali baginya, dengan tempoh perkenalan yang tidak seberapa mana masih belom mampu untuk laila membuat keputusan....



dalam tempoh 3 hari haris gelisah menanti jawapan laila.. namun disabarkan juga harinya. sedang haris berkhayal telefon bimbitnya berdering, lalu dilihatnya nama tertera.. laila... senyuman terukir namun hati gemuruh datang dengan cepatnya.

"assalamualaikom haris.."
"wasalam laila.."
"malam boleh berjumpa?"


maka malam itu berjumpalah mereka ditempat mereka selalu terserempak iaitu hutan bandar... mereka memarking kereta ditempat parking...
"laila nak jumpa haris untuk beri jawapan ker?" jelas kelihatan bahawa haris tidak sabar dengan keputusan laila...
laila pula hanya menundukkan kepala lalu menunjukkan jarinya yang telah disarung cincin pemberian haris... haris tersenyum keriangan dengan aksi laila yang masih jelas kesopanan... penantiannya tidak sia sia malahan kesabaran dibalas dengan kebahagiaan.. ini lah hikmah kedukaannya...

bab 6

puas sudah laila cuba melupakan peristiwa dimana meragut kebahagiaannya bersama adam... hari pernikahan adam bersama isterinya membuat kan laila kehilangan kebahagiaan. semenjak hari pernikahan adam senyuman laila tidak lagi penuh keikhlasan, senyuman terukir hanya untuk melindung kedukaan yang bersarang dihati. hanya pada tuhan tempat laila menghembuskan setiap kesedihan dan kegembiraan. setiap kali selepas solat laila akan mendoakan kebahagiaan adam dan memohon tuhan menabahkan hatinya. walau kebahagiaan telah diragut laila tetap menanti hikmah sebalik kejadian yang menimpa... laila bersyukur dia masih mempunyai nenek yang memahami setiap rasa dihati laila. ketabahan laila hadir tatkala melihat nenek yang mencurahkan kasih sayang yang tak pernah diminta dibalas....


"laila...." laila tersentak tatkala bahunya disentuh oleh nenek kesayangan. senyuman nenek yang terukir cukup membuat laila bahagia... garisan tua diwajah nenek membuatkan laila terasa terhibur.. kerana kedutan itu tidak menjejskan wajah ayu nenek.
"nenek nak laila siapkan makanan ke?" diusapnya wajah nenek yang amat dikasihinya.
"tak cu.. nenek dah siapkan makan.. cuma tunggu laila sahaja untuk teman nenek makan." dikucupnya tangan neneknya yang banyak mengajarnya erti kasih sayang....
mereka makan tengah hari dimeja makan dengan penuh berselera.

selepas makan laila mengemas meja makan lalu membasuh pinggan mangkuk yang sudah digunakan.. neneknya pula menuju kamar mahu merehatkan badan. sedang laila mengemas laila didatangi seseorang yang masih dikenali suaranya. laila melangkahkan kaki kepintu rumah untuk menyambut tetamu.
"adam...." laila seakan terkedu melihat adam bersama isterinya dimuka pintu.
"boleh adam jenguk nenek?"
laila menjemput mereka berdua masuk lalu memanggil neneknya yang hampir terlena.
laila membiarkan mereka berbual diruang tamu, laila pula menyiapkan minuman untuk tetamu yang hadir. hati laila hanya tuhan yang tahu betapa gemuruhnya dengan kehadiran mereka.

"laila.. boleh akak bantu?" syikin memulakan perbualan setelah melihat laila termenung dihadapan jag yang hanya berisi gula.
"akak... duduk sahaja diluar.. biar laila buat ye.." laila cuba menyembunyikan perasaan gemuruhnya. syikin menghadiahkan senyuman buat laila. bagi syikin melihat wajah laila, dia sudah tahu laila kurang senang dengan kehadiran mereka.
"laila..." disambarnya tangan laila dengan lembut pandangan yang lembut juga...
"akak nak minta maaf sekiranya laila kurang senang dengan kehadiran kami..." laila hanya menundukkan kepalanya.
"kehadiran akak juga nak meminta maaf pada laila kerana merampas abang adam dari laila..."
"kak ini semua ketentuan kak... kebahagiaan kakak dengan adam cukup membahagiakan laila.. hanya satu kak laila minta.. jangan kacau kebahagiaan laila sekrang.. akak jangan salah anggap.. laila cuma tak mahu kita saling bermasam muka hanya kerana adam.. kita semua milik tuhan kak...." hampir berjujuran air mata laila namun laila masih menahan.
"kalau laila sudi.. akak boleh jadi keluarga laila...." mereka berpelukan dengan tangisan menghiba.

Tuesday, January 25, 2011

bab 5

bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat.. laila seakan tidak boleh menerima hakikat bahawa bekas kekasihnya berada dihadapan matanya. insan yang amat dirindui berada dihadapan mata.. setelah menghilang selama 5 tahun, tanpa kabar berita dan tiada sebarang petunjuk hubungan mereka berakhir tiba tiba lelaki itu muncul dihadapan matanya.

"assalamualaikom laila apa khabar?" adam menghulurkan senyuman manis pada laila seorang insan yang amat dikaguminya.
"wasalam.."laila tidak merenung wajah adam sebaliknya hanya menundukkan kepala.
"maaf atas sebab lama..." belum sempat adam menghabiskan ayat laila telah mencelah leboh dahulu
"adam.. benda dah lama jangan diungkit lagi.... laila tak ambil hati sedikit pun.." diwajah laila kelihatan tenang namun tidak dihatinya yang berombak kencang...



selepas perjumpaannya dengan adam laila menjadi seorang pendiam. tidak banyak bercakap dan bukunya juga tidak disentuh.. hanya bermenung dijendela sepi.

"laila... maafkan adam... ini semua bukan ketentuan adam..." kad jemputan dibaca dengan linangan airmata. tak sangka insan yang disayangi, insan yang mengajar erti cinta kini akan menjadi milik orang.
"adam... ini semua jdoh.. janganlah menjadi anak derhaka... kawen lah dengan dia adam.. mungkin ada hikmah sebaliknya..." laila menundukkan kepala dengan linangan air mata menitis dipipi.
"adam minta maaf kat laila.... adam harap lepas ni kita masih boleh jadi kawan."
direnungnya wajah adam dengan senyuman yang sengaja dibuat supaya adam tidak melihat akan kesedihan yang teramat sangat.

"adam bukan jodoh kita untuk bersatu.. namun tuhan dah takdirkan kita untuk menjadi kawan. mustahil benda ini menjadikan kita musuh. satu yang laila harap... adam jangan tinggal sembahyang.. tanggungjawab adam lepas ni akan bertambah. bimbing dia kejalan yang benar adam.. pasal laila usah adam pikirkan... laila akan sentiasa mendoakan kesejahteraan adam dan kebahagiaan rumahtangga adam...." laila berlalu pergi kerana tidak sanggup lagi menyembunyikan kesedihan yang teramat sangat. biarlah adam hanya tahu dia menangis tidak selebihnya...


laila tersentak dari lamunan tatkala bahunya disentuh oleh neneknya yang tersayang. dipeluknya tubuh neneknya yang sudah semakin kurus.... laila menangis sepuas hati dibahu neneknya.

"kenapa ni cu?" neneknya kehairanan dengan sikap laila yang kesedihan.
"nek tadi laila terjumpa adam nek....." neneknya memang mengetahui kisahnya dan adam juga mengenali adam seorang lelaki yang mampu membuka pintu hati laila.

"cu... jadikan kisah lalu sebagai jambatan untuk maju kehadapan bukan sebagai tembok penghalang...."
"nek... laila sangka laila kuat nek... tapi...."
"sshhhhhh. cucu nenek kuat.. tuhan takkan uji umatnya diluar jangkaan umatnya kerana dia tahu tahap kemampuan umatnya. dia uji untuk umatnya bersyukur setiap pemberiannya." laila memeluk erat tubuh neneknya. malam itu laila ditemani neneknya. neneknya memujuk laila supaya bertenang. laila tidur dalam pelukan nenek... hanya nenek tempat diluah segalanya.




12.12.2008 adalah hai pernikahan adam bersama isteri pilihan ibundanya. laila yang hadir malam itu hanya mendiamkan diri tatkala pengantin berada diatas pelamin. tema berwarna kuning pilihan belah lelaki. air mata disimpan dengan dada yang berombak kencang. tatkala sahabat2 lain mengambil gambar bersama penggantin laila hanya rela menjadi pengambil gambarnya tidak pula berniat untuk bergambar bersama. cukup sudah hatinya kecewa dengan penikahan adam.. tidak mungkin pula dia mahu merobekkan lagi hatinya. sebelum balik rumah laila sempat memberikan hadiah kepada adam dan isteri. laila menghulurkan hadiah yang dipilihnya petang tadi kepada isteri adam yang agak peramah
"selamat penggantin baru.. jagalah adam dengan baik..." senyuman laila dibalas dengan senyuman penuh kebahagiaan oleh isteri adam.
"terima kasih sudi datang... dan doakan hubungan kami ye..." laila hanya mengangguk lalu berlalu pergi...
adam yang berada dipintu pagar hanya tersenyum pada laila, laila membalas dengan senyuman walau dihati penuh kehibaan.
'terima kasih sudi datang majlis adam"
sama2... adam kan kawan laila.. takkanlah tak nak datang... selamat penggantin baru ye.. semoga berkekalan..."


bunyi kokokan ayam dipagi hari membuatkan laila terjaga dari mimpi... diusapnya mukanya dengan lembut sambil beristigfar panjang...
"ya allah.. mengapa kenangan itu datang kembali? ya allah izinkan hambamu ini untuk melupakan kenangan itu.... hambamu ini tidak sanggup kecewa lagi.. cukup lah derita itu...."