Sunday, February 6, 2011

bab 6

puas sudah laila cuba melupakan peristiwa dimana meragut kebahagiaannya bersama adam... hari pernikahan adam bersama isterinya membuat kan laila kehilangan kebahagiaan. semenjak hari pernikahan adam senyuman laila tidak lagi penuh keikhlasan, senyuman terukir hanya untuk melindung kedukaan yang bersarang dihati. hanya pada tuhan tempat laila menghembuskan setiap kesedihan dan kegembiraan. setiap kali selepas solat laila akan mendoakan kebahagiaan adam dan memohon tuhan menabahkan hatinya. walau kebahagiaan telah diragut laila tetap menanti hikmah sebalik kejadian yang menimpa... laila bersyukur dia masih mempunyai nenek yang memahami setiap rasa dihati laila. ketabahan laila hadir tatkala melihat nenek yang mencurahkan kasih sayang yang tak pernah diminta dibalas....


"laila...." laila tersentak tatkala bahunya disentuh oleh nenek kesayangan. senyuman nenek yang terukir cukup membuat laila bahagia... garisan tua diwajah nenek membuatkan laila terasa terhibur.. kerana kedutan itu tidak menjejskan wajah ayu nenek.
"nenek nak laila siapkan makanan ke?" diusapnya wajah nenek yang amat dikasihinya.
"tak cu.. nenek dah siapkan makan.. cuma tunggu laila sahaja untuk teman nenek makan." dikucupnya tangan neneknya yang banyak mengajarnya erti kasih sayang....
mereka makan tengah hari dimeja makan dengan penuh berselera.

selepas makan laila mengemas meja makan lalu membasuh pinggan mangkuk yang sudah digunakan.. neneknya pula menuju kamar mahu merehatkan badan. sedang laila mengemas laila didatangi seseorang yang masih dikenali suaranya. laila melangkahkan kaki kepintu rumah untuk menyambut tetamu.
"adam...." laila seakan terkedu melihat adam bersama isterinya dimuka pintu.
"boleh adam jenguk nenek?"
laila menjemput mereka berdua masuk lalu memanggil neneknya yang hampir terlena.
laila membiarkan mereka berbual diruang tamu, laila pula menyiapkan minuman untuk tetamu yang hadir. hati laila hanya tuhan yang tahu betapa gemuruhnya dengan kehadiran mereka.

"laila.. boleh akak bantu?" syikin memulakan perbualan setelah melihat laila termenung dihadapan jag yang hanya berisi gula.
"akak... duduk sahaja diluar.. biar laila buat ye.." laila cuba menyembunyikan perasaan gemuruhnya. syikin menghadiahkan senyuman buat laila. bagi syikin melihat wajah laila, dia sudah tahu laila kurang senang dengan kehadiran mereka.
"laila..." disambarnya tangan laila dengan lembut pandangan yang lembut juga...
"akak nak minta maaf sekiranya laila kurang senang dengan kehadiran kami..." laila hanya menundukkan kepalanya.
"kehadiran akak juga nak meminta maaf pada laila kerana merampas abang adam dari laila..."
"kak ini semua ketentuan kak... kebahagiaan kakak dengan adam cukup membahagiakan laila.. hanya satu kak laila minta.. jangan kacau kebahagiaan laila sekrang.. akak jangan salah anggap.. laila cuma tak mahu kita saling bermasam muka hanya kerana adam.. kita semua milik tuhan kak...." hampir berjujuran air mata laila namun laila masih menahan.
"kalau laila sudi.. akak boleh jadi keluarga laila...." mereka berpelukan dengan tangisan menghiba.

No comments:

Post a Comment