Tuesday, January 25, 2011

bab 5

bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat.. laila seakan tidak boleh menerima hakikat bahawa bekas kekasihnya berada dihadapan matanya. insan yang amat dirindui berada dihadapan mata.. setelah menghilang selama 5 tahun, tanpa kabar berita dan tiada sebarang petunjuk hubungan mereka berakhir tiba tiba lelaki itu muncul dihadapan matanya.

"assalamualaikom laila apa khabar?" adam menghulurkan senyuman manis pada laila seorang insan yang amat dikaguminya.
"wasalam.."laila tidak merenung wajah adam sebaliknya hanya menundukkan kepala.
"maaf atas sebab lama..." belum sempat adam menghabiskan ayat laila telah mencelah leboh dahulu
"adam.. benda dah lama jangan diungkit lagi.... laila tak ambil hati sedikit pun.." diwajah laila kelihatan tenang namun tidak dihatinya yang berombak kencang...



selepas perjumpaannya dengan adam laila menjadi seorang pendiam. tidak banyak bercakap dan bukunya juga tidak disentuh.. hanya bermenung dijendela sepi.

"laila... maafkan adam... ini semua bukan ketentuan adam..." kad jemputan dibaca dengan linangan airmata. tak sangka insan yang disayangi, insan yang mengajar erti cinta kini akan menjadi milik orang.
"adam... ini semua jdoh.. janganlah menjadi anak derhaka... kawen lah dengan dia adam.. mungkin ada hikmah sebaliknya..." laila menundukkan kepala dengan linangan air mata menitis dipipi.
"adam minta maaf kat laila.... adam harap lepas ni kita masih boleh jadi kawan."
direnungnya wajah adam dengan senyuman yang sengaja dibuat supaya adam tidak melihat akan kesedihan yang teramat sangat.

"adam bukan jodoh kita untuk bersatu.. namun tuhan dah takdirkan kita untuk menjadi kawan. mustahil benda ini menjadikan kita musuh. satu yang laila harap... adam jangan tinggal sembahyang.. tanggungjawab adam lepas ni akan bertambah. bimbing dia kejalan yang benar adam.. pasal laila usah adam pikirkan... laila akan sentiasa mendoakan kesejahteraan adam dan kebahagiaan rumahtangga adam...." laila berlalu pergi kerana tidak sanggup lagi menyembunyikan kesedihan yang teramat sangat. biarlah adam hanya tahu dia menangis tidak selebihnya...


laila tersentak dari lamunan tatkala bahunya disentuh oleh neneknya yang tersayang. dipeluknya tubuh neneknya yang sudah semakin kurus.... laila menangis sepuas hati dibahu neneknya.

"kenapa ni cu?" neneknya kehairanan dengan sikap laila yang kesedihan.
"nek tadi laila terjumpa adam nek....." neneknya memang mengetahui kisahnya dan adam juga mengenali adam seorang lelaki yang mampu membuka pintu hati laila.

"cu... jadikan kisah lalu sebagai jambatan untuk maju kehadapan bukan sebagai tembok penghalang...."
"nek... laila sangka laila kuat nek... tapi...."
"sshhhhhh. cucu nenek kuat.. tuhan takkan uji umatnya diluar jangkaan umatnya kerana dia tahu tahap kemampuan umatnya. dia uji untuk umatnya bersyukur setiap pemberiannya." laila memeluk erat tubuh neneknya. malam itu laila ditemani neneknya. neneknya memujuk laila supaya bertenang. laila tidur dalam pelukan nenek... hanya nenek tempat diluah segalanya.




12.12.2008 adalah hai pernikahan adam bersama isteri pilihan ibundanya. laila yang hadir malam itu hanya mendiamkan diri tatkala pengantin berada diatas pelamin. tema berwarna kuning pilihan belah lelaki. air mata disimpan dengan dada yang berombak kencang. tatkala sahabat2 lain mengambil gambar bersama penggantin laila hanya rela menjadi pengambil gambarnya tidak pula berniat untuk bergambar bersama. cukup sudah hatinya kecewa dengan penikahan adam.. tidak mungkin pula dia mahu merobekkan lagi hatinya. sebelum balik rumah laila sempat memberikan hadiah kepada adam dan isteri. laila menghulurkan hadiah yang dipilihnya petang tadi kepada isteri adam yang agak peramah
"selamat penggantin baru.. jagalah adam dengan baik..." senyuman laila dibalas dengan senyuman penuh kebahagiaan oleh isteri adam.
"terima kasih sudi datang... dan doakan hubungan kami ye..." laila hanya mengangguk lalu berlalu pergi...
adam yang berada dipintu pagar hanya tersenyum pada laila, laila membalas dengan senyuman walau dihati penuh kehibaan.
'terima kasih sudi datang majlis adam"
sama2... adam kan kawan laila.. takkanlah tak nak datang... selamat penggantin baru ye.. semoga berkekalan..."


bunyi kokokan ayam dipagi hari membuatkan laila terjaga dari mimpi... diusapnya mukanya dengan lembut sambil beristigfar panjang...
"ya allah.. mengapa kenangan itu datang kembali? ya allah izinkan hambamu ini untuk melupakan kenangan itu.... hambamu ini tidak sanggup kecewa lagi.. cukup lah derita itu...."

Saturday, January 22, 2011

bab 4

dimalam yang dingin laila membaca surah yassin untuk dihadiahkan pada arwa adik, ibu, ayah dan atoknya tidak lupa untuk arwah isteri haris. setiap jumaat laila akan menghadiahkan surah yassin untuk arwah insan yang dikenalinya. selesai membaca yassin laila menuju kebilik neneknya yang sedang lena dibuai mimpi. dikucupnya dahi nenek tersayang dengan penuh kasih sayang. laila hanya ada nenek yang boleh dibuat tempat bermanja.


malam itu haris tidak dapat melelapkan mata, hanya kata kata laila bermain dipikirannya. tanpa berlengah haris menuju kebilik wuduk lalu mengambil wuduk..

lama rasanya tidak membaca surah yassin. dimalam itu haris membaca surah yassin dengan penuh kusyuk.... hatinya semakin tenang dan semakin bersemangat. setelah selesai membaca surah yassin haris melelapkan mata dengan penuh ketenangan. mungkin inilah yang dikatakan laila cara untuk menenangkan diri......


bab 3

haris keseorangan dihutan bandar yang menjadi tempat dia melepaskan rindu pada arwah isterinya. disini segalanya bermula, pertemuan, percintaan, pelamaran dan yang terakir dikunjungi isterinya sebelom meninggal dunia. hutan bandar seolah olah pencorakan hidup haris. terasa baru semalam isterinya meninggalkannya. usia perkahwinan yang tidak sampai setengah abad telah diragut oleh kesakitan yang ditanggung oleh isterinya. pemergian arwah selama setahun masih tidak dapat dilupakan dan meninggalkan kesan yang amat dalam.

"sayang.. bahagialah disana, abang disini sentiasa mengenangkan saat kita bersama. tuhan lebih menyayangimu dari abang meyayangimu. sayang... abang redha dengan pemergian sayang, perginya dirimu membawa cinta ku yang suci... " bertitisan air mata haris tatkala mengenangi saat indah bersama arwah.

"assalamualaikom...." haris menoleh kearah suara yang seakan dikenalinya.
"wasalam... laila... apa khabar?"
"alhamdulillah sihat... haris macam mana?"
"macam inilah sihat dan masih terkenang..." direnungnya wajah laila yang ayu dan dikaca mata laila terpancar seorang wanita yang menenangkan.
"sekiranya terkenangkan arwah.. hadiahkan lah surah alfatiha... tangisan air mata kita tak mampu menenangkan roh arwah.... dengan surah alfatiha mampu membuat mereka tenang disana.." kata kata laila ada betulnya.. setiap kata kata laila telah mengambarkan laila seorang gadis yang matang.
"terima kasih kerana mengingat kan saya..." haris menghampiri laila yang merenung tasik dihadapan mereka.
"haris.. hidup kita bukan seperti ikan didalam tasek ini... hanya berenang disekitar tasik menanti makanan yang dihulurkan oleh pengunjung... nasib hidup kita mengikut cara pencorakkan kita.. sekiranya coraknya indah.. maka indahlah hidup kita.... sekiranya corak kita kurang indah.. maka.... hidup kita akan menjadi celaru.. namun kita merancang segalanya tuhan yang akan menentukan..... haris kena tahu arwah pergi kerana insan yang disayangi tuhan.. kita yang hidup harus menggunakan nikmat itu dengan penuh kesedaran..." dipandangnya wajah haris yang nampak lesu.
"laila... arwah segalanya buat saya.. saya sedar tuhan mengambilnya kerana tuhan menyayanginya.."

"kerana arwah segalanya lah haris kena merelakan pemergiannya dengan tenang... bukan dengan meratapi pemergiaannya sahaja. setiap yang hilang pasti ada pengantinya.... "



petang yang agak suram itu menyedarkan haris bukan dia sahaja yang merasa kehilangan. selepas pertemuan itu mereka bertukar nomber telefon untuk menjadi sahabat. laila pulang kerumah dengan hati yang tenang.. hanya dengan melihat keindahan alam semula jadi dihutan bandar mampu membuat laila tersenyum. dihutan bandarlah tempat dia dan arwah adiknya bermain dan bersuka ria. hutan bandar adalah taman kenangan untuk mereka.

bab 2

setelah selesai membaca yassin dipusara arwah adiknya, laila menyiramkan air mawar yang dibawanya tadi... dan kuntuman bunga mawar diletakkan diatas pusara arwah... dibelai batu nisan
seolah olah dia membelai kepala adiknya. masih terbayang saat terakhir hembusan nafas arwah... dimana laila berada disisi dengan esakan tangis melihat arwah nazak untuk meneruskan hidup..

"adik mengucap sayang.. jangan tinggalkan kakak.. kakak sayang adik...." tangisan yang tidak henti dengan air mata yang melimpah limpah.. diusapnya rambut adik kesayangan yang semakin hampir dengan ajal.
"kak.. adik... sayang... akak... adik tunggu akak kat sana.. akak jaga diri..." diusapnya wajah ayu dan lembut kakak yang sentiasa memberi kasih sayang dan menjaganya dari kecil.
"laila... suruh adikmengucap nak.... tak baik melengahkan masa.." nenek memberi nasihat sambil memegang bahu laila dengan lembut.
selepas selesai mengucap suzila pergi dengan membawa seribu kebahagiaan dalam hidup laila.
selepas kepergian suzila hidup laila menjadi berubah, tiada lagi tempat untk mengadu, tiada lagi tempat bergurau senda.. ayah dan ibu sudah lama dijemput oleh yang maha esa... hanya tinggal seorang nenek yang sangat menyayangi laila.


bertitisan air mata laila dipipi tatkala terkenang saat kepergian adik tersayang. diusapnya lagi nisan arwah
'adik.... akak rindukan adik... akak harap adik tenang disana. sentiasa doakan kebahagiaan kakak ye sayang... hari ini hari jadi adik yang ke 20tahun... kakak bawa kan bunya ros putih untuk adik... dan akak hadiahkan surah yassin untuk adik... akak sentiasa menghadiahkan alfatiha untuk adik....."


laila berlalu pergi meninggalkan pusara arwah dengan langkah yang lemah. sedang laila menuju ketempat letak kereta, laila terpandang seranga lelaki yang dikenalinya dikedai buku tempoh hari. dihampirinya lelaki tersebut
"asslamualaikom.." lembut suara laila memberi salam.
"wasalam...." haris masih mengingati wajah laila.. seorang wanita yang dikenalinya dikedai buku.
"awak kunjung pusara siapa?"
"pusara arwah isteri saya.." laila hanya menganggukkan kepala.

dipetang itu laila bersama hari meniti saat indah waktu petang bersama dihutan bandar. pada mulanya masing masing mendiamkan diri kerana tidak tahu apa tpik yang mahu dibualkan.
"dah habis ke baca buku hari tu?"
"baru muka surat 26"
"pusara siapa yang awak kunjung tadi?"
"arwah adik saya.. dihari ini merupakan hari jadinya."
"ohhhh beruntung arwah dapat kakak macam awak.. isteri saya pula hari ini genap 1 tahun meninggalkan saya."

setelah hari hampir senja mereka pulang kerumah masing masing... tidak tahu ini pertemuan terakhir atau mereka akan berjumpa dengan secara tidak sengaja lagi.. ada keserasian diantara mereka. iaiu mencari jalan kebenaran allah. hidup mereka juga kesunyian kerana itu mereka mengisi masa lapang mereka dengan membaca dan melawat pusara.

bab 1

suasana dikedai Badan iaitu kedai buku yang selali laila akan singgah sekiranya dia melangkah masuk ke dalam plaza Angsana, agak sunyi. tidak ramai pengunjung kerana dihari itu adalah hari pekerja. laila leka meneliti setiap buku yang tersusun rapi dirak buku. seperti kebiasaannya.. laila akan berada disatu sudut yang amat disukainya. iaitu bahagian buku berunsur keagamaan. sememangnya laila seorang gadis yang hobinya membaca. laila tertarik dengan buku bertajuk remeh temeh dalam solat. laila tersenyum manis keseorangan tatkala mencapai buku yang menarik perhatiannya. sedang laila cuba menarik buku tersebut tiba2 buku tersebut terlepas dari genggaman tangannya. sedang laila mahu menunduk untuk mengambil buku tersebut laila dibantu oleh seorang lelaki yang kebetulan lalu ditempat dimana laila berada.


"terima kasih." laila tersenyum manis. senyuman itukan sedekah...
"buku ini lah yang saya cari." haris membalas senyuman laila dengan penuh kehormatan.
laila tersedar buku tersebut hanya tinggal satu. lalu direnungnya wajah haris yang masih tercegat dihadapannya.
"ohhh tak apa lain kali saya bleh cari lagi dikedai buku lain. saudari ambillah buku itu." balas haris yang memahami maksud pandangan laila.
"terima kasih encik..."
"tak usah ber encik dengan saya.. pangglil saya haris." haris menghulurkan tangan untuk berjabat. namun laila menundukkan kepala dengan senyuman manisnya.

"ohhh haris... maaf kita bukan muhrim... saya laila." haris memahami maksud laila, lalu tidak berkecil hati dengan salamnya yang tidak disambut.
"ok tak apa... selamat membaca. assalamualaikom.." haris berlalu pergi meninggalkan laila yang serba salah kerana haris tidak dapat membeli buku itu. namun laila beli juga buku yang semamgnya menarik perhatiannya.



dikamar yang sepi.. laila melipat kain telekungnya setelah selesai solat fardhu ishak. dipandangnya buku siang tadi yang dibeli. dibacanya setiap helai yang ada dengan penuh kesedaran. hanya dengan membaca dapat mengisi masa lapang dan menambahkan ilmunya. dirumah yang sunyi laila hanya memerap dikamar dengan membaca setiap buku yang dibelinya. itulah rutin harian laila. ianya tidak membosankan laila namun itulah hobi yang laila suka setiap masa kelapangan. jika tidak membaca buku, laila akan mengaji atau membaca surah yassin.