Saturday, January 22, 2011

bab 2

setelah selesai membaca yassin dipusara arwah adiknya, laila menyiramkan air mawar yang dibawanya tadi... dan kuntuman bunga mawar diletakkan diatas pusara arwah... dibelai batu nisan
seolah olah dia membelai kepala adiknya. masih terbayang saat terakhir hembusan nafas arwah... dimana laila berada disisi dengan esakan tangis melihat arwah nazak untuk meneruskan hidup..

"adik mengucap sayang.. jangan tinggalkan kakak.. kakak sayang adik...." tangisan yang tidak henti dengan air mata yang melimpah limpah.. diusapnya rambut adik kesayangan yang semakin hampir dengan ajal.
"kak.. adik... sayang... akak... adik tunggu akak kat sana.. akak jaga diri..." diusapnya wajah ayu dan lembut kakak yang sentiasa memberi kasih sayang dan menjaganya dari kecil.
"laila... suruh adikmengucap nak.... tak baik melengahkan masa.." nenek memberi nasihat sambil memegang bahu laila dengan lembut.
selepas selesai mengucap suzila pergi dengan membawa seribu kebahagiaan dalam hidup laila.
selepas kepergian suzila hidup laila menjadi berubah, tiada lagi tempat untk mengadu, tiada lagi tempat bergurau senda.. ayah dan ibu sudah lama dijemput oleh yang maha esa... hanya tinggal seorang nenek yang sangat menyayangi laila.


bertitisan air mata laila dipipi tatkala terkenang saat kepergian adik tersayang. diusapnya lagi nisan arwah
'adik.... akak rindukan adik... akak harap adik tenang disana. sentiasa doakan kebahagiaan kakak ye sayang... hari ini hari jadi adik yang ke 20tahun... kakak bawa kan bunya ros putih untuk adik... dan akak hadiahkan surah yassin untuk adik... akak sentiasa menghadiahkan alfatiha untuk adik....."


laila berlalu pergi meninggalkan pusara arwah dengan langkah yang lemah. sedang laila menuju ketempat letak kereta, laila terpandang seranga lelaki yang dikenalinya dikedai buku tempoh hari. dihampirinya lelaki tersebut
"asslamualaikom.." lembut suara laila memberi salam.
"wasalam...." haris masih mengingati wajah laila.. seorang wanita yang dikenalinya dikedai buku.
"awak kunjung pusara siapa?"
"pusara arwah isteri saya.." laila hanya menganggukkan kepala.

dipetang itu laila bersama hari meniti saat indah waktu petang bersama dihutan bandar. pada mulanya masing masing mendiamkan diri kerana tidak tahu apa tpik yang mahu dibualkan.
"dah habis ke baca buku hari tu?"
"baru muka surat 26"
"pusara siapa yang awak kunjung tadi?"
"arwah adik saya.. dihari ini merupakan hari jadinya."
"ohhhh beruntung arwah dapat kakak macam awak.. isteri saya pula hari ini genap 1 tahun meninggalkan saya."

setelah hari hampir senja mereka pulang kerumah masing masing... tidak tahu ini pertemuan terakhir atau mereka akan berjumpa dengan secara tidak sengaja lagi.. ada keserasian diantara mereka. iaiu mencari jalan kebenaran allah. hidup mereka juga kesunyian kerana itu mereka mengisi masa lapang mereka dengan membaca dan melawat pusara.

No comments:

Post a Comment