Sunday, February 6, 2011

bab 7

suasana dihospital pakar johor sunyi dipetang itu, laila yang memimpin neneknya berjalan agak perlahan dengan keadaan nenek yang agak uzur membuatkan perjalanan mereka terbatas.

"laila..." haris seakan terperanjat melihat laila bersama neneknya.
" haris? buat apa kat sini?" haris seakan mahu menyembunyikan sesuatu dari laila.
"saya tengok kawan sakit..." laila hanya menggangukkan kepala.
"laila pula buat apa?"
"hantar nenek ambik ubat hari ni..."
"petang kuar makan nak?"
"insyallah.."

seperti yang dijanjikan.. malam itu haris menjemput laila dirumah untuk makan malam.. lama rasanya haris tidak rasa gemuruh seperti ini.. seakan mahu jumpa kekasih. dimalam itu haris membawa laila makan western dihutan bandar sememangnya tiada tempat lain yang boleh dibawa. sedang mereka makan, mereka didatangi oleh syikin dan adam. laila sekali lagi terkedu dengan perkenalan mereka. bahawa haris dan adam bersaudara. kecil sahaja dunia ini... akhirnya makan malam yang dipikirkan hanya berdua menjadi berempat. laila sudah mula membiasakan diri dengan mereka.


setelah selesai makan haris menghantar laila pulang dengan hati yang bahagia.. dirasakan kini laila lah insan yang boleh menganti tempat arwah isterinya... kekosongan harus diisi oleh laila.. dengan perwatakannya yang lembut laila lah insan yang terbaik....



selang beberapa hari haris telah merancang untuk meminang laila, wakil nya ialah adam dan syikin.. hanya mereka berdua mampu membantu haris. petang itu laila tidak dapat memberi jawapan dengan pinangan haris, namun meminta temph untuk berfikir.. laila mengatakan kepada syikin dan adam untuk memberi dia tempoh selama 3 hari untuk berfikir.. haris memahami maksud laila, dan haris mengizinkan temph 3 hati. hanya 3 hari masih mampu dinantinya. yelah untuk laila ini adalah yang pertama kali baginya, dengan tempoh perkenalan yang tidak seberapa mana masih belom mampu untuk laila membuat keputusan....



dalam tempoh 3 hari haris gelisah menanti jawapan laila.. namun disabarkan juga harinya. sedang haris berkhayal telefon bimbitnya berdering, lalu dilihatnya nama tertera.. laila... senyuman terukir namun hati gemuruh datang dengan cepatnya.

"assalamualaikom haris.."
"wasalam laila.."
"malam boleh berjumpa?"


maka malam itu berjumpalah mereka ditempat mereka selalu terserempak iaitu hutan bandar... mereka memarking kereta ditempat parking...
"laila nak jumpa haris untuk beri jawapan ker?" jelas kelihatan bahawa haris tidak sabar dengan keputusan laila...
laila pula hanya menundukkan kepala lalu menunjukkan jarinya yang telah disarung cincin pemberian haris... haris tersenyum keriangan dengan aksi laila yang masih jelas kesopanan... penantiannya tidak sia sia malahan kesabaran dibalas dengan kebahagiaan.. ini lah hikmah kedukaannya...

No comments:

Post a Comment