Monday, February 28, 2011

bab 8

setelah laila menerima pinangan haris, mereka kerap keluar bersama namun tidak diwaktu malam. kerana bagi haris tak manis dipandang orang jika dibawanya laila keluar dimalam hari. sebolehnya dia ingin menyakinkan laila bahawa dia mat menghormati laila. buat masa ni hubungan mereka berjalan dengan lancar.... laila orangnya senang dijaga, kerana kematangan laila membuatkan haris tidak merasa janggal dengan ketegasan laila. kerana bagi haris ketegasan laila memberi kebaikan untuk mereka supaya mereka tidak terlepas pandang dengan hukum dan haram dalam hubungan mereka.

"assalamualaikom" salam laila membuatkan haris tersedar dari lamunannya, tak sedar bila laila berada dihadapan mata. senyuman laila membuatkan hatinya bertambah sayang pada laila.

"waalaikomussalam..." diberinya senyuman manis pada laila yang sedang melabuhkan punggungnya dikerusi hadapannya.
"jauhnya awak bermenung... sampai saya memberi salam 2 kali awak tak sedar."
"maaf k... saya bermenungkan awak lah tadi..." tanpa berselindung haris berterus terang... mereka lunch bersama dihari itu. haris juga sudah berjanji ingin menemani laila ke butik pakaian pengantin untuk hari bersejarah mereka. haris tidak pernah membiarkan laila berjalan keseorangan, sekkiranya dia tidak dapat menemani laila, pasti dia meminta isteri adam iaitu syikin, ini semua untuk keselamatan laila. haris tidak mahu kehilangan laila sepertimana dia kehilangan arwah isterinya.

No comments:

Post a Comment